Friday, December 31, 2010

DOA-DOA DAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Setelah kita mengetahui serba sedikit sifat dan kelakuan makhluk halus ini, adalah menjadi kewajiban kepada kita untuk melindungi diri kita, kaum keluarga kita malah masyarakat di sekeliling kita daripada gangguan-gangguan yang bakal dikenakan kepada kita.

Semoga doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang kita amalkan itu akan menjadi pendiding diri dan keluarga kita sekiranya diizinkan oleh Allah. Kita dituntut untuk berusaha – hasil daripada usaha itu kita serahkan kepada Allah SWT.

1.            DOA PENDIDING DARIPADA SEMUA KEMUDHARATAN

Amalakan doa ini setiap hari, tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang.


2.            DOA MENGHINDAR GANGGAUAN SYAITAN

Amalkan doa ini setiap kali sebelum keluar rumah dan sebelum masuk rumah.




3.            AL-MU’AWWIDHAT

Amalkan al-Mu’awwidhat ( surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas) setiap hari, sekali sebelum tidur dan sekali selepas bangun tidur.

Surah al-Ikhlas


Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang manjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; ia tiada beranak dan ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Surah al-Falaq


Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, daripada bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Surah al-Nas


Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah)Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - “yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - “(iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

4.            SURAH AL-FATIHAH DAN RANGKAIAN SEBELAS AYAT-AYAT RUQYAH DARIPADA SURAH AL-BAQOROH

Amalkan ayat-ayat berikut selepas menunaikan solat fardhu.

( Surah al-Baqoroh : Ayat 1 – 5 )

( Surah al-Baqoroh : Ayat 255 )


( Surah al-Baqoroh : Ayat 256 - 257 )



( Surah al-Baqoroh : Ayat 284 – 286 )


5.            TIGA AYAT UNTUK MENGATASI SIHIR DARIPADA SURAH AL-A’RAAF

Amalkan ayat-ayat berikut selepas menunaikan solat fardhu.

( Surah al-A’raaf : Ayat 117 – 119 )

6.            EMPAT AYAT UNTUK MENGATASI SIHIR DARIPADA SURAH YUNUS

Amalkan ayat-ayat berikut selepas menunaikan solat fardhu.

( Surah Yunus : Ayat 79 – 82 )

7.            ENAM AYAT UNTUK MENGATASI SIHIR DARIPADA SURAH TAHA

Amalkan ayat-ayat berikut selepas menunaikan solat fardhu.

( Surah Taha : Ayat 65 – 70 )


Semoga dengan usaha kita mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran seperti di atas, Allah SWt akan menghindarkan diri kita dan keluarga kita daripada sebarang bentuk gangguan makhluk halus.

Insya’Allah

APAKAH JENIS PENYAKIT BAWAAN MAKHLUK HALUS?

Antara penyakit itu adalah seperti yang disebut dalam surah al-A’raf ayat 201 :-

Maksudnya : Sesungguhnya orang yang ebrtakwa apabila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat (kepada Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).”

Dalam surah al-Mujadalah ayat 19, Allah SWT berfirman :-

Maksudnya : Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

BOLEHKAH MAKHLUK HALUS MENYEBABKAN PENYAKIT?

Islam menuntut agar umatnya sentiasa melindungi diri daripada syaitan sebagaimana doa yang selalu dibaca iaitu :-

Maksudnya : “Saya mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada syaitan yang direjam.”

Al-Quran menjelaskan dalam surah Sad ayat 41 :

Maksudnya : “Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan denga kapayahan dan siksaan penyakit.”

Kisah Nabi Ayub yng menghadapi menyakit fizikal yang dahsyat itu adalah berpunca daripada sentuhan atau penangan syaitan.

Dalam surah al-Baqoroh ayat 102 mengisahkan tentang ilmu sihir yang diajarkan oleh syaitan kepada manusia. Ilmu sihir tersebut hanya boleh membawa kemudharatan dan tidak memberi sebarang manfaat pun kepada manusia.

Dalam al-Quran terdapat beberapa istilah yang jelas menyebut bahawa makhluk halus ini berupaya menyakiti manusia dengan pelbagai perlakuan sehingga menyebabkan manusia menderita kesakitan.

Firman Allah SWT dalam surat Fussilat ayat 36 :

Maksudnya : “Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia lah sahaja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqoroh ayat 275 :

Maksudnya : “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul (ketika bangkit dari kubur mereka) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan (disebabkan penyakit gila yang menyerang mereka)”.

BOLEHKAH MANUSIA MELIHAT MAKHLUK HALUS?

Dalam surah al-A’raf ayat 27 Allah menjelaskan :-

Maksudnya : … “Sesungguhnya syaitan dan kaumnya meilhat kamu dalam keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka…

Kebiasaannya mereka (makhluk halus) dapat melihat manusia sedangkan manusia tidak boleh melihat mereka dalam rupa bentuk mereka yang asal. Namun manusia boleh melihat makhluk ini apabila mereka telah menyerupai bentuk tertentu yang diizinkan olah Allah SWT.

Ayat 48 dalam surah Al-Anfal sebagai dalil bahawa makhluk halus berupaya menyerupai manusia :-

Maksudnya : “Dan ingatlah ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah) itu untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu”, maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata , “Aku berlepas diri daripada kamu kerana aku melihatnya, sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab siksanya.”

ADAKAH MAKHLUK HALUS BENAR-BENAR WUJUD?

Dalam Surah al-Ahqaf ayat 29, Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain), “Diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!” Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al=Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

Disebutkan juga dalam hadith yang sahih bahawa Rasulullah SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat al-Quran. Hadith daripada Ibnu Abi Hatim yang diriwayatkan daripada Mujahid menceritakan Nabi SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah.

Samada hantu, jembalang, jin tanah, pelesit, bunian, dan sebagainya ialah makhluk halus yang wajib dipercayai kewujudannya sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran. Tidak mempercayai ayat al-Quran boleh membawa kepada kerosakan aqidah.

MAKHLUK HALUS (JIN @ SYAITAN)

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Dalam ruang ini kita cuba membawakan sedikit pengetahuan mengenai MAKHLUK HALUS yang mana ianya saya ambil daripada sebuah buku tulisan Yg. Bhg. Tuan Guru Prof. Dato’ Harun Din Al-Hafiz. Saya yakin tidak ramai diantara kita yang benar-benar berminat untuk menyimpan atau memiliki buku-buku sebegini. Namun pada saya ia merupakan sesuatu ilmu yang berguna kepada kita dalam menjalani kehidupan harian kita.

Mereka yang tidak berkesempatan untuk memiliki buku ini dapatlah memanfaatkan sedikit sebanyak daripada blog ini sebagai panduan kita bersama dalam menangani masalah berkaitan dengan MAKHLUK HALUS ini.

Sekiranya saudara/saudari ingin mengetahui lebih lanjut kandung ini sila dapatkan sendiri di kedai-kedai buku yg berhampiran atas tajuk MENJAWAP PERSOALAN MAKHLUK HALUS – KAITANNYA DENGAN PENYAKIT DAN PENGUBATAN. Terbitan Darussyifa’ dengan harga RM 20.00.

ADAKAH MAKHLUK HALUS BENAR-BENAR WUJUD?

Dalam Surah al-Ahqaf ayat 29, Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain), “Diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!” Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al=Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

Disebutkan juga dalam hadith yang sahih bahawa Rasulullah SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat al-Quran. Hadith daripada Ibnu Abi Hatim yang diriwayatkan daripada Mujahid menceritakan Nabi SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah.

Samada hantu, jembalang, jin tanah, pelesit, bunian, dan sebagainya ialah makhluk halus yang wajib dipercayai kewujudannya sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran. Tidak mempercayai ayat al-Quran boleh membawa kepada kerosakan aqidah.

Tuesday, December 28, 2010

HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT


Ertinya : Daripada Umar bin al-Khatab Rodhiallahuanh (dalam sebuah hadith yang panjang) .... kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Maka khabarkan kepadaku tentang hari qiamat?. Lalu Nabi s.a.w. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibril lalu berkata : "Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya". Maka Nabi s.a.w. menjawab : "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat bangunan."

HR Imam Muslim

KETERANGAN :-

Diantara tanda hampirnya qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada sebahagian ulama' yang berpendapat bahawa yang dimaksud kan dengan hadith ini adalah banyak anak-anak yang derhaka kepada ibu-bapa dan ada juga sebahagian ulama' yang memberikan pandangan bahawa contoh ini merupakan gambaran kepada suasana yang sudah terbalik, dimana hamba menguasai tuan, adalah gambaran kepada pemikiran manusia yang sudah terbalik, dimana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut dan orang yang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang miskin pada akhir zaman menjadi kaya dengan mengejut sehingga seseorang yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut, tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membut bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

ERTINYA :

Daripada Anas r.a. berkata : " Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadith yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. aku mendengar Rasullah s.a.w. bersabda : " Diantara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahatan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.

HR : Imam Bukhori dan Muslim

KETERANGAN :-

Nabi kita Muhammad s.aw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahatan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.

perangkaan penduduk pada ahri ini menunjukkan bahawa jjumlah kaum perempuan adalah lebih banyak dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas  ( 1:11 ) dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan lebih banyak daripada lelaki.

menurut Imam Ibnu Hajjar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki ialah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki bukan perempuan. Dan juga Allah Subhanahu Wataala menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.

ORANG MEMINUM KHAMAR (ARAK) DAN MENAMAKAN BUKAN KHAMAR



Daripada Abu alik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (mereka meminum) sambil dialunkan dengan munyi muzik dan suara artis2. Allah Subhanahu Wataala akan meneggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah akan merubah mereka menjadi kera atau babi."

HR : Ibnu Majjah

KETERANGAN :-

Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ianya hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini  yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenarnya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'.

Kemudian seudah menjadi kelaziman pula, suasana mabuk arak itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artas2 kenamaan. Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka akan diubah kepada bentuk kera atau babi.

Sangat benar sabdaan junjungan besar Nabi s.a.w. ini. Gempa bumi demi gempa bumi berlaku dibeberapa tempat didunia ini sebagai satu siksaan daripada Allah Subhanahu Wataala dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera atau babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.

HARTA RIBA’ WUJUD DI MERATA TEMPAT


HARTA RIBA’ WUJUD DI MERATA TEMPAT

ERTINYA :-

Daripada Abi Hurairah Rodhiallahuanhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Akan datang suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam harta riba’. Kalau ia tidak memakannya secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.

HR : Ibnu Majjah

KETERANGAN :-

Apa yang telah disabdakan oleh Rasullullah s.a.w. telah jelas di hadapan mata kita hari ini. Kebanyakan umat manusia tidak terlepas lari dari lengkungan harta-harta riba’. Di zaman kebendaan masa ini, manusia tidak memperdulikan lagi soal riba’, apa yang ada di dalam fikirannya hanyalah untuk mendapatkan segala kemudahan dan kenikmatan – mereka takut dipandang hina sekiranya tidak mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan. Untuk memuaskan hawa dan nafsu ini, mereka sanggup melakukan apa sahaja cara walaupun ianya terang-terangan menyalahi hukum syara’. – (Penulis)

ZAMAN DIMANA ORANG TIDAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

ZAMAN DIMANA ORANG TIDAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

ERTINYA :-

Daripada Abi Hurairah Rodhiallahuanhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah sumber yang halal ataupun haram”.

HR : An-Nasaei

KETERANGAN :-

Zaman sekarang merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman kebendaan. Segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau sumber yang haram, yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu ataupun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

Ya Akhi! Ingatlah wahai Akhi, sebanyak manapun harta yang kita kumpulkan sedikitpun tidak member sebarang manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat kelak sekiranya harta benda yang kita cari dan kita kumpulkan itu tidak kita letakkan di tempat yang benar2 boleh menjamin kehidupan akhirat kita kelak – (amal jariah, sedekah). Terfikirkan kita berapa banyak harta yang boleh kita bawa bersama di dalam keranda untuk dikuburkan bersama kita apabila kita mati kelak? Bukankah kita hanya dibekalkan oleh keluarga kita dengan kain putih sebagai kafan? Apakah harta benda yang tinggalkan kelak tidak akan menjadi punca pergaduhan anak2 yang kita tinggalkan? – Tambahan dari Penulis.

GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Daripada Abi Hurairah Rodhiallahuanhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti2 bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun2kan bahu, kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya syurga, sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.”

HR : Imam Muslim

KETERANGAN :-

Kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w. ini dapat kita lihat dari keadaan masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hokum rimba dan ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badannya dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian yang sangat nipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudia berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar. Kedua-dua goolongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau wanginya walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.”

DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG?

DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG?

ERTINYA :-

Daripada Abi Hurairah Rodhiallahuanhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Selagi akan datang suatu masa dimana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang ke suatu lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala. Maka apabila ini terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isteri dan anak2nya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendaki kaum kerabatnya (adik beradik sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”. Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah s.a.w., apakah maksud perkataan engkau itu?”. (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya dan jirannya). Nabi s.a.w. menjawab : Mereka akan mencelanya dan mengabaikannya dengan kesempitan kehidupannya, maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang2 kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya.”

HR : Al-Baihaqi
KETERANGAN :-

Benar sekali sabdaan Rasulullah s.a.w. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara2 yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburikan diri ke dalam lumpur kemaksiatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tua, keluarga ataupun jiran mereka.

Wednesday, December 22, 2010

ISLAM KEMBALI DAGANG

 


ISLAM KEMBALI DAGANG

Ertinya : Daripada Abi Hurairah Rodhiallahuanhu katanya : “bersabda Rasullullah s.a.w. “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan akan kembali asing pula, maka beruntunglah orang2 yang asing.

HR : Imam Muslim

ERTINYA :-

Daripada Aisyah Rodhiallahuanha berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapaya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurangan dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, dan anak2 menjadi berani melawan orang2 tua dan orang2 jahat berani melawan orang2 baik.”

HR : At-Thabarani

KETERANGAN :-

Diantara tanda2 kiamat ialah :-

a)            Bila anak2 merupakan punca kemarahan orang tuanya.
b)            Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
c)             Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
d)            Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
e)            Anak2 sudah berani melawan orang tua.
f)             Orang2 yang jahat berani melawan orang2 yang baik dan tidak segan terhadap mereka.

Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. tadi Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w.

Kita berdoa, mudah2an Allah Subhanahu Wataala menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

Tuesday, December 21, 2010

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

 

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Daripada Hazifah bin Alyaman Rodhiallahuanh katanya : “Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua buah hadith (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat, sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawasanya amanah itu lalu turun ke dalam lubuk hati orang2 yang tertentu, kemudian turunlah al_Quran. Maka orang2 itu lalu mengetahui melalui panduan al-Quran dan mengetahu melalui panduan assunnah. Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami tentang hilang amanah, lalu beliau bersabda, “seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tertinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang engkau gilingkan dengan kakimu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, pada hal tidak ada apa-apa. Diketika Rasulullah s.a.w. menceritakan hadith ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.

Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sajaha tiada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan bani fulan (di kampung tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat dipercayai dan orang ramai mengatakan, alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya, pada hal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”

“Maka sesungguhnya telah sampai masanya, saya pun tidak mempedulikan manakah antara kamu semua yang saya hendak berjual beli. Jikalau ia seseorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepadaku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang nasroni atau yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepadaku (maksudnya jika ia seorang nasroni atau yahudi maka orang yang memegang kekuasaannya / memerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak2ku daripadanya). Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan fulan dan fulan (orang2 yang tertentu sahaja).”

KETERANGAN :-

Hadith ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hila cara beransur-ansur dari kalangan kaum muslimin, sehinggalah suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanah pun telah khianat pula.

Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini, ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya nampak boleh memikul amanah tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG-ORANG YAHUDI

UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG-ORANG YAHUDI

ERTINYA :-

Daripada Abu Hurairah Rodhiallahuanh, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum muslimin memerangi kaum yahudi sehingga kaum yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang yahudi ada di belakang saya, kemarilah! Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon ghorkad (semacam pohon yang berduri) kerana sesungguhnya pohon ini adalah pohon yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya).

HR : Imam Bukhori dan Muslim

KETERANGAN :

Hadith ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang2 yahudi. Jadi walaupun orang2 yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan  menyesatkan orang Islam, namun akhirnya kaum yahudi akan binasa juga dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum yahudi yang ada dipermukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi pertolongan kepada mereka.

BAHAYA KEMEWAHAN

BAHAYA KEMEWAHAN

ERTINYA :-

Daripada Ali bin Abi Thalib Rodhiallahuanh berkata : “Kamis edang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Amir Rodhiallahuanh dan tiada dibadannya kecuali hanya sehelai selindang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan nasib Mus’ab sekarang (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya dan seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu kaabah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaaan kami di hari itu.”

HR : Al-Tarmizi

KETERANGAN :

Dalam hadith ini Nabi kita s.a.w. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti, hidangan makanan tak putus2. Rumah2 mereka tersegam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sabahat, dimana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadah. Tetapi nabi kita Muhammad s.a.w. mengatakan, “keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita.” Ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadah.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang daripada berbuat ibadah kepada Allah Subhanahu Wataala, sepertimana yang berlaku dihari ini. Segala yang kita miliki kalau pun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadah kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan dan menghalangi dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., “Seandainya seseorang anak adam itu telah mempunyai satu jurung emas,  dia berhasrat untuk mencari jurung yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian).

Begitulah gamabaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi disaat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu, janganlah kita lupa daratan dalam mencari  kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu solat, bahkan semua waktu untuk menimbunkan harta. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas2 keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perancangan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

ISLAM KEMBALI DAGANG


ISLAM KEMBALI DAGANG

ERTINYA :-

Daripada Abu Hurairah Rodhiallahuanh berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing".

HR : Imam Muslim
KETERANGAN

Islam mulai tersebar di Makkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendokongnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudia setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh 2/3 penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (istiqomah) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seseorang yang istiqomah dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai peribadi yang sihat. Contohnya kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu solat, tiba-tiba ada seseorang yang meminta diri untuk menunaikan solat, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang wajar, sedangkan orang yang tidak bersolat sambil bersenda-senda ketika orang lain solat tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib Islam di akhir zaman... ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU


PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU

Ertinya : Daripada Abi Hurairah Rodhiallahuanhu katanya : “Rasullullah s.a.w. bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit2 yang pernah menimpa umat2 dahulu”. Sahabat bertanya : “Apakah penyakit2 umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit2 itu ialah 1) terlalu banyak seronok, 2) terlalu mewah, 3) menghimpun harta sebanyak mungkin, 4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5) saling memarahi, 6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi.”

HR : Al-Hikam

KETERANGAN :-

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. tadi telah benyak kita lihat dikalangan kaum muslimin dihari ini. di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud menghasud dan sebagainya.

GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG


GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG


ERTINYA :-

Daripada Mughirah bin Syu'bata Rodhiallahuanh berkata : " Rasulullah s.a.w. bersabda : Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka) sehinggalah sampai suatu saat yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wataala. Mereka sentiasa berjaya.

HR : Imam Bukhori

KETERANGAN :

Allah Subhanahu Wataala telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Walaupun di hari ini ada dikalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka, tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walaupun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur, walaupun syiar2 Islam diinjak-injak di sebahagian tempat, tetapi di tempat lain syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walaupun pejuang2 Islam ditindas dan disiksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini….

Hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wataala. Maka pada masa itu Allah Subhanahu Wataala akan mematikan semua orang2 Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang2 yang jahat atau orang2 kafir, maka pada saat itulah akan berlakunya qiamat.

Monday, December 20, 2010

GOLONGAN ANTI HADITH

GOLONGAN ANTI HADITH

Ertinya : Daripada Miqdam bin Ma’dikarib Rodiallahuanhuma berkata : “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Hampir tiba suatu masa dimana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepada sebuah hadith daripada hadithku ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah (Al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan dan apa yang diharamkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya) “Pada hal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala”.

HR : Abu Daud dan Ibnu Majjah
KETERANGAN :-

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadith ini ialah seorang yang mengingkari kedudukan hadith sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadith tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan agama Islam. Dan sebenarnya, seseorang itu tidak akan dapat memahami Al-Quran jika tidak merujuk kepada hadith Nabi s.a.w. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum, maka hadith yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat2 nya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadith Nabi s.a.w.

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRONI



UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRONI

Daripada Abi Said Alkhudri Rodiallahuanhuma berkata : “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat2 sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasroni yang engkau maksudkan?”. Nabi mejawab, siapa lagi kalau bukan mereka”.

KETERANGAN

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun cara hidup orang2 yahudi dan nasroni, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara yang tidak munasabah. Contohnya , jikalau orang yahudi dan nasroni masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka. Zaman seakrang kita dapat melihat sabdaan Rasulullah s.a.w. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru cara hidup yahudi dan nasroni samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah yahudi dan nasroni dan ramai pula orang menjadi alat dan tali barut mereka.

ILMU AGAMA BERANSUR-ANSUR HILANG



ILMU AGAMA BERANSUR-ANSUR HILANG

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash Rodiallahuanhuma berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bahasawasanya Allah Subhanahu Wata’ala tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah Subhanahu Wata’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan ‘alim ulama’, maka apabila sudah ditiadakan ‘alim ulama’ orang ramai akan memilih orang2 yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.

HR : Imam Muslim

KETERANGAN :-

Sekarang ini ‘alim ulama’ sudah berkurangan, satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa melayu mengatakan, “Patah tumbuh hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada ‘alim ulama’. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari ulama’. Maka apda masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya ‘alim ulama’lah yang memberikan makna dan erti kepada kehidupan manusia di permukaan bumi ini.

Di akhir2 ini kita telah melihat gejala2 yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. tadi. Di mana bilangan ‘alim ulama’ hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok2 dan sekolah2 agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian2 di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah keadaan masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Maksud Hadith :-

Daripada Thauban Rodhiallahuanhu berkata : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa2 dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya  : "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh2 kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit WAHAN. Seorang sahabat bertanya : "Apakah wahan itu ya Rasulullah?". Nabi kita menjawab : "Cinta dunia dan takut mati".
HR : Abu Daud

KETERANGAN

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabkan Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa2 lain. Mereka ditindas, diinjak2, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza2 agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan Islam.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari dalam kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit WAHAN yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu CINTA DUNIA dan TAKUT MATI. Kedua2 penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Cinta dunia bermakna TAMAK, RAKUS, BAKHIL dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah Subhanahu Wataala. Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak apa perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah Subhanahu Wataala.

Sumber Ilmiah


Assalamualaikum,

Anda sedang mengikuti hadith daripada Kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman, karangan Abu Ali Albanjari. Sebuah kitab yang mengisahkan tanda-tanda qiamat akan berlaku. Kebanyakan, malahan hampir kesemua apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. di dalam kitab ini telah pun berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.

Menolak hadith bermakna kita menolak Rasulullah s.a.w. dan dengan itu secara automatiknya kita menolak Islam (terkeluar daripada Islam) waiyazubillah.

Terkadang kerana kekangan waktu, kita tidak berkesempatan untuk mengikuti kuliah-kuliah pengajian yang mana ianya merupakan suatu fardhu yang wajib ke atas diri kita dan jugak keluarga kita. Semoga dengan sedikit usaha menulis semula maksud hadith dengan menggunakan tulisan rumi, dapat mengatasi masalah kepada mereka yg tidak mampu membaca dalam tulisan jawi. Sekurang-kurangnya pada satu hari dapat kita memahamikan satu hadith. Pun begitu, anda disarankan agar menemui para ilmuan agama sekiranya terdapat mana-mana hadith atau maksud hadith yang kurang jelas agar kita tidak keliru. Insya'Allah

Al-Faqeh Moghakuji

Sunday, December 19, 2010

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN?


 

Maksud Hadith : “Daripada Ummul Mukminin, Zainab bt Jahshi isteri Rasulullah s.a.w., beliau berkata; (pada suatu hari) Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, Lailahaillallah, celaka (binasa) baki bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hamper menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding yakjuj dan makjuj seperti ini”, dan baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab bt Jahshi) lalu bertanya : “Ya Rasulullah! apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi s.a.w. bersabda : “Ya, jikalau kejahatan terlalu banyak.”

Hadith riwayat : Imam Bukhori dan Imam Muslim.

KETERANGAN :

Hadith di atas menerangkan bahawa apabila disuatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu, tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing di hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadith di atas,walaupun khusus disebutkan bangsa Arab, tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita s.a.w. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyibarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian yakjuj dan makjuj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam Alaihisalam) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di muka bumi ini, lalu batas daerah mereka  ditutup oleh Zulkarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hamper tiba hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan di permukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.