Sunday, December 19, 2010

JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN

JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN


Maksud Hadith : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda ; Jika ada seseorang berkata – “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”.

Hadith Riwayat Imam Muslim

KETERANGAN :

Imam Nawawi ketika menulis hadith ini dalam kitab Riadhus Alsolihin beliau member penjelasan seperti berikut :-

“Larang semacam di atas (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka, maka yang demikian ini adalah haram.”

“Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.”

“Demikian yang dijelaskan oleh para alim ulama’ dan begitulah cara menghuraikan permasalahannya. Diantara alim ulama’ yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas Alkhotobaie dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment