Monday, January 31, 2011

PEMBAHAGIAN SOLAT SUNAT


Solat-solat sunat dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu Solat Sunat Mu’akkad (solat Sunnah), Solat Sunat Muqoyyat Tidak Mu’akkad (Solat Mustahab) dan Solat Sunat Tatauwuk (Solat Mutlak)

1.         Solat Muqayyad Mu’akkad – (Solat Sunnah)

Solat Muqayyad bermaksud solat yang dikerjakan tertakluk dan terikat dengan waktu dan jumlah rakaat yang tertentu. Jadi Solat Muqayyad Mu’akkad yang juga dikenali sebagai Solat Sunnah adalah solat yang selalu dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara tetap, malah Rasulullah s.a.w. pernah mengqada’kannya sekiranya tidak dapat dikerjakan pada waktunya.

Abu Hurairah r.a. pernah meriwayatkan katanya : “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. tidak mengerjakan dua rakaat Solat Fajar kerana tertidur. Maka baginda mengqada’kannya setelah matahari naik.” 

2.         Solat Muqayyad Tidak Mu’akkad (Solat Mustahab)

Solat Mustahab ialah solat yang mana Rasulullah s.a.w. tidak melakukannya secara tetap tetapi dianjurkan untuk melakukannya kerana keutamaannya serta ganjaran pahalanya.

3.         Solat Tatauwuk (Solat Mutlak)

Solat Mutlak adalah solat yang tidak terikat dengan waktu dan rakaat tertentu. Ia dilakukan secara sukarela oleh seseorang yang ingin bermunajat serta mencari keredhaan Allah s.w.t. Boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada masa yang dilarang untuk bersolat.

Ketiga-tiga jenis solat tersebut juga disebut Solat Nawafil (Nafila) yang bermaksud tambahan atau penambahan iaitu sebagai tambahan kepada solat-solat fardhu.

Terdapat perbezaan dalam keutamaan semasa mengerjakan solat-solat sunat tersebut di mana ada yang lebih utama (afdhal) dikerjakan secara berjemaah dan ada yang lebih afdhal dilakukan bersendirian.

Solat Sunat Yang Afdhal Dikerjakan Secara Berjemaah

1.             Solat Sunnat Hari Raya
2.             Solat Sunnat Gerhana
3.             Solat Sunnat Istisqa’ (Mohon Hujan)
4.             Solat Sunnat Tawawikh dan sebagainya.

Solat Sunat Yang Afdhal Dikerjakan Secara Bersendirian

1.             Solat Sunnat Witir
2.             Solat Sunnat Fajar
3.             Solat Sunnat Rawatib
4.             Solat Sunnat Dhuha
5.             Solat Sunnat Tahiyyatul Masjid
6.             Solat Sunnat Tahajjud
7.             Solat Sunnat Hajat
8.             Solat Sunnat Istikhorah dan sebagainya

No comments:

Post a Comment